Sertai Kami di Facebook

Friday, March 2, 2012

Panduan Membina Kedai Online

0 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seorang rakan Usahawan internet iaitu Puan Sarah ada menghasilkan sebuah ebook Panduan Kedai Online..

Puan Sarah merupakan seorang designer laman web yang telah berjaya menghasilkan berpuluh-puluh laman web untuk para pelanggan beliau.

Jadi nama Puan Sarah ini semakin dikenali dalam kalangan usahawan internet.. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk melihat koleksi laman web yang pernah Puan Sarah hasilkan:


Saya percaya jika anda belum lagi memulakan perniagaan internet sendiri, anda pasti menghadapi masalah bagaimana untuk memulakannya.

Ok, tips ini ringkas sahaja. Perkara pertama yang perlu anda fikirkan sebelum mula ialah mencipta atau mendapatkan produk sendiri.

Bagaimana dan di manakah produk yang baik boleh diperolehi?

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan  produk iaitu:

  1. Beli daripada pemborong dengan harga murah dan jual di internet
  2. Cipta produk sendiri.
  3. Jual produk orang lain dan dapat komisen

Produk nombor 1 biasanya memerlukan anda memiliki lesen perniagaan dan modal yang agak tinggi barulah boleh membeli produk daripada pembekal pada  harga yang murah.

Produk nombor 2 sangat mudah, contohnya jika anda pandai menjahit  pakaian, ciptalah beberapa design dan jual di internet pada harga murah. Anda juga boleh menulis tips dan petua kesihatan, kewangan, atau apa sahaja dan jadikan ia sebagai produk ebook anda.

Produk nombor 3 ialah menjadi ejen jualan atau affiliate. Sebagai contoh, anda telah mendaftar sebagai ahli affiliate di laman web orang lain. Jika anda mempromosikan produk affiliate anda di blog dan website, anda akan dibayar untuk setiap jualan yang berjaya dibuat melalui link affiliate anda.

Ketiga-tiga cara mendapatkan produk ini boleh membantu anda memulakan langkah pertama perniagaan internet anda. Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah, dapatkan produk anda untuk dijual di internet!

Semoga tips ini dapat membantu anda dalam perniagaan internet.



Cara Untuk Membina Laman Web

Terdapat rakan-rakan yang bertanya kepada saya, bolehkah saya membina laman web TANPA perlu mempelajari HTML atau PHP?

Jawapan saya ialah boleh! Tapi dengan syarat anda tahu menggunakan MS Words dan Notepad.

Mengapa perlukan ms words dan notepad pula? Senang je ceritanya, kerana notepad banyak digunakan untuk mengedit kod html atau apa sahaja skrip. Jika anda tahu ms words pula, anda pasti akan mudah mempelajari perisian Nvu atau Ms Frontpage iaitu perisian untuk mengedit fail laman web.

Sebenarnya, jalan pintas terbaik untuk mencipta laman web ialah dengan mengupah web designer. Tetapi saya pasti anda tidak mahu membazir wang anda ketika ini kerana anda ingin memulakan perniagaan internet dengan modal yang paling minima bukan?

Jadi, belajar sedikit html tidaklah sesukar mana.

Satu sahaja cadangan saya ialah, anda dapatkan pakej web jualan yang dijual oleh IM yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan internet kerana mereka tahu apa yang anda perlukan untuk mencipa laman web perniagaan internet.

Bandingkan pilihan ini,

[+] Anda membeli pakej web jualan untuk belajar membina web jualan pada harga RM50 - RM70 dan anda dapat membina banyak laman web untuk perniagaan internet sendiri.



[+] Anda mengupah web designer untuk membina 1 web jualan pada harga RM200 - RM300 tetapi anda tidak tahu bagaimana membina web jualan. Anda akan menghadapi masalah menguruskan laman web anda nanti untuk sebarang update dan penambahan baru. Kemungkinan anda akan  mengupah programmer melakukannya untuk anda. Satu pembaziran lagi.

Kedua-dua pilihan ada kelebihannya masing-masing. Jika anda seorang yang sibuk dengan pekerjaan, mungkin pilihan ke dua adalah lebih baik. Tapi jika anda seorang pelajar, atau anda memiliki lebih masa, pilihan pertama adalah yang terbaik.

Kesimpulannya, jangan susahkan diri membina web jualan jika anda memang tidak pandai html. Carilah sumber yang dapat membantu anda belajar atau upahlah web designer untuk memudahkan anda belajar.

Semoga tips ini dapat memberikan anda sesuatu yang berguna dalam perniagaan internet.





0 comments:

Post a Comment

Iklan Paling Diminati..

Iklan (125X125)

Iklan (468 x 60)

Ilmu Pelaburan

Info Keluarga

Pemasaran Internet

Iklan (150X150)

Ruangan Iklan Secara Percuma Di Blog Discount Hari2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang..dan ribuan Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengiklankan perniagaan mereka..

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk meletakkan iklan di blog ini.. jangan segan silu untuk menghubungi saya menerusi email atau menghantar sms kepada saya seperti berikut:

email: nuargto@gmail.com
H/P : 0165425547

Anda boleh menghubungi saya menerusi perbualan telefon hanya apabila berada di luar waktu bekerja. Tetapi saya syorkan anda menghantar sms kepada saya terlebih dahulu..

Iklan anda akan disiarkan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari selepas maklumat pengiklanan saya terima..

Terdapat 4 ruangan pengiklanan yang boleh anda pilih seperti berikut:

1) Iklan pada Post (boleh letakkan gambar dan penerangan produk/hartanah). Iklan anda akan turut dikongsikan di Fanpage Discount hari2
2) Banner bersaiz 468 X 60 (RM20)
3) Banner bersaiz 150 X 150 (RM15)
4) Banner bersaiz 125 X 125 (RM10)

Tempoh pengiklanan untuk banner bersaiz 468X60, 150X150 dan 125X125 ialah satu bulan sahaja. Selepas cukup satu bulan, sekiranya anda berminat untuk melanjutkan tempoh pengiklanan tersebut anda perlu membuat bayaran tambahan.

Semoga usaha anda meletakkan iklan di Blog Discount Hari2 akan memberi manfaat kepada anda..

"Blog Discount Hari2 sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda"

Sekian, Terima kasih..

(Muhamad Anuar Bin Marsib)
Admin
Blog Discount Hari2

Koleksi Blog Saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...