Apa yang dimaksudkan dengan hartanah maya?
Hartanah maya merupakan asset cyber yang boleh anda miliki dan pindah milik kepada pemilik baru. Konsepnya sama seperti hartanah fizikal yang melibatkan rumah, tanah, kilang, kedai, pejabat dan lain-lain. Hartanah maya melibatkan blog, website, akaun Facebook, akaun Youtube dan bermacam-macam lagi.
Blog Discount Hari2 merupakan contoh hartanah maya..
Bagaimana hartanah maya ini boleh disamakan dengan hartanah fizikal?
Persamaannya ialah ia merupakan asset yang bernilai tinggi dan bila kita membicarakan asset ini bermaksud kita boleh menukarkannya pada bentuk tunai.
Contohnya, anda berdepan dengan situasi dimana anda memerlukan wang untuk modal perniagaan francais yang tinggi, katalah RM200,000. Jika anda tiada wang dalam simpanan, sudah tentu anda melihat asset yang dimilik anda dan anda mula berkira-kira jika anda menjualnya anda mungkin dapat tunai untuk dijadikan sebagai modal perniagaan anda.
Hal ini sama dengan hartanah maya, dimana jika anda turut menghadapi situasi yang sama seperti tadi, anda boleh menjual hartanah maya anda untuk mendapatkan tunai.
Hartanah fizikal VS Hartanah Maya
Seperti yang anda sedia maklum terdapat banyak perbezaan antara hartanah fizikal dan hartanah maya iaitu:
1) Jenis
Hartanah fizikal lebih tertumpu kepada tanah, rumah, kedai, kilang, pejabat yang mana kesemuanya anda boleh lihat sendiri, sentuh dan rasa.
Hartanah maya pula, ianya melibatkan blog, website, akaun Facebook dan sebagainya yang mana ianya hanya boleh dilihat sahaja melalui skrin monitor komputer anda.
2) Kos
Untuk memiliki hartanah fizikal, anda memerlukan wang yang sangat besar bergantung kepada jenis hartanah yang ingin anda miliki. Purata harga hartanah fizikal antara puluh ribu ringgit dan boleh mencecah jutaan ringgit.
Bagi hartanah maya pula, kos yang diperlukan adalah sangat-sangat rendah dan bergantung juga kepada jenis hartanah maya yang anda pilih. Hartanah maya boleh anda miliki secara PERCUMA hingga RM100 bagi hartanah yang baru. Tetapi kalau ianya sudah lama dan banyak menghasilkan pendapatan nilainya akan meningkat dan boleh mencecah jutaan ringgit.
3) Risiko
Kedua-dua hartanah ini memiliki risiko masing-masing. Tetapi antara kedua-dua ini risiko yang dihadapi pemilik hartanah maya jauh lebih rendah. Contohnya, jika anda ingin membangunkan rumah anda perlu mengambil kira keadaan kawasan, laluan air, struktur dan jenis tanah dan macam-macam lagi. Sendainya, anda tidak membuat pilihan yang betul maka hartanah yang akan anda bangunkan nanti akan menghapi banyak masalah seperti tanah runtuh, banjir dan sebagainya.
Hartanah maya pula sebaliknya hanya mempunyai risiko ianya digodam sahaja. Masalah penggodam internet ini boleh diatasi dengan memasang software yang boleh mengelakkan ancaman penggodam.
4) Prosedur Pemilikkan Hartanah
Untuk memiliki hartanah fizikal, anda perlu melalui pelbagai proses dan prosedur yang melibatkan kertas kerja yang rumit.
Tetapi bagi hartanah maya pula ianya mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan ialah mendaftar nama domain dan hosting dan hartanah itu sah milik anda. Anda boleh mula membuat keuntungan darinya dan setelah beberapa bulan atau tahun, terpulang kepada anda jika anda ingin menjualnya kepada orang lain atau terus menjadikannya asset anda. Jika anda menjualnya kepada orang lain, proses pindah milik tersebut juga tidak akan mengambil masa yang lama. Cuma pindah domain dan segala fail-fail berkenaan website tersebut.
Ramai pemasar internet di luar negara telah beralih kepada bidang jual beli hartanah maya kerana ianya lebih untung dari pemasaran internet konvensional. Ianya menjadi satu trend yang panas di luar negara pada masa kini.
Di Malaysia, pendedahan berkenaan hartanah maya masih lagi di peringkat bayi. Ramai pemasar internet tempatan tidak mengetahui tenatang selok belok hartanah maya.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih berkenaan hartanah maya dan bagaimana anda boleh membuat duit mudah darinya anda boleh klik pada pautan di bawah:
Kaedah Shortcut Buat Duit Dengan Blog menurut Cikgu Hafis (Guru Tuisyen)..
Ini adalah kaedah buat duit blog dengan cara yang betul
1) Iklan di blog anda
Kaedah ini, diguna pakai secara meluas dan semua orang sedia maklum bahawa dengan meletakkan ruangan iklan pada blog, anda akan menerima duit dengan mudah hanya dengan pelawat anda klik sahaja pada iklan tersebut!
2) Affiliate
Ianya sama seperti iklan di blog, Cuma kali ini anda mempromosi pula produk orang lain. Biasanya produk yang anda promosi di blog adalah produk digital seperti ebook, video, software dan sebagainya. Jika pelawat yang datang ke blog anda dan mendapati produk yang anda promosi tersebut memberi banyak manfaat padanya, maka dia akan membelinya. Secara automatik, anda akan mendapat komisyen bagi setiap jualan. Komisyen biasanya 50% dari nilai jualan.
3) Servis
Jika anda mempunyai blog, jangan lupa menawarkan sebarang servis yang berkaitan dengan blog anda. Ini juga merupakan punca pendapatan lain bagi blog anda dan juga anda. Contoh servis seperti, servis menulis, mereka logo, membina website/blog dan macam2 lagi yang anda mahir.
Tapi tahukah anda, terdapat teknik shortcut lain selain dari yang disebutkan di atas untuk anda jana pendapatan lumayan menggunakan blog!
Dan teknik ini, menjadi trend HOT di negara barat ketika ini. Seorang usahawan Internet dan juga merupakan seorang guru Tuisyen iaitu Cikgu hafiz akan berkongsi kisah kejayaan beliau tentang cara menjana pendapatan dengan menjual blog. Jika berminat nak tahu lebih lanjut, sila klik pada pautan di bawah:
Dalam url di bawah saya ada menyenaraikan laman web yang berjaya dijual pada harga berjuta-juta ringgit:
0 orang yang cute:
Post a Comment