Sertai Kami di Facebook

Wednesday, November 12, 2014

1.33% Mykad Telah diaktifkan menjadi Kad Diskaun

0 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan Syukur Alhamdulillah..

Di atas perkembangan positif rakyat Malaysia.. Untuk pengetahuan kita semua, Jumlah penduduk di Malaysia sekarang ni dah mencecah 30 juta orang...

Jumlah penduduk Malaysia kini sudah mencecah 30 Juta orang


"Sehingga pukul 12 tengah hari semalam, populasi penduduk adalah seramai 30,009,886 orang.
Angka itu menjadikan Malaysia negara keenam dengan populasi penduduk tertinggi di Asia Tenggara selepas negara Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand dan Myanmar.
Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi penduduk di negara ini telah bertambah tiga kali ganda sejak Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 iaitu sekitar 6.3 juta orang."
Petikan Akhbar : Kosmo Online bertarikh 28 Februari 2014

Statistik di atas merupakan satu berita baik kepada para usahawan MyKad Smart Shopper , untuk pelaburan jangka masa panjang..

Sehingga ke hari ini, Bilangan MyKad yang telah "diaktifkan" atau dengan erti kata lain telah didaftarkan ke dalam DataBase Program MyKad Smart Shopper cuma sekitar 400K++ sahaja..

Ini bermaksud bilangan MyKad yang telah diaktifkan cuma 1.33% daripada lebih 30 juta rakyat Malaysia... Masih terlalu sedikit peratus MyKad yang terlah diaktifkan..  

Baru-baru ini semasa saya dijemput untuk bertandang ke rumah Sidang Haji Ariffin di Sabak Bernam, untuk menjelaskan kepada beliau berkenaan program MyKad Smart Shopper ini..

Beliau bertanya kepada saya : "Susah sangat ke nak aktifkan MyKad ini? Bukankah ini merupakan salah satu projek kerajaan? Minta jerlah data dekat Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengaktifkan MyKad semua rakyat Malaysia."

Saya menjawab : "Haji, Projek MyKad Smart Shopper ini sebenarnya dikendalikan oleh syarikat Swasta bukan syarikat kerjaan seperti yang Haji sangkakan tu. 

Macam ni ceritanya.. MyKad (Kad Pintar) ini dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).. Kemudian MyKad ini telah diguna pakai oleh Jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia,  Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) urusan lesen memandu Jabatan Imigresen untuk menguruskan Passport perjalanan dalan dan luar negara, KWSP dan lain-lain. 

Nak tahu dengan lebih lanjut lagi, saya tulis dalam bentuk artikel lebih mudah rasanya.. Kalau tak dialog penerangan saya ni nanti, jadi panjang lebar... ;)


Pembangunan Projek MyKad Smart Shopper Fasa PERTAMA 

Seiring dengan kepesatan kemajuan ICT, pada tahun 2009 Kerajaan Malaysia telah mewujudkan Multimedia Super Corridor (MSC) di mana merangkumi 7 teras aplikasi perdana antaranya adalah mempelbagaikan penggunaan Kad Pintar ataupun Mykad. Multimedia Development Corporation (MDeC) telah diberi mandat untuk pembangunan aplikasi pelbagai guna di dalam Mykad.

Jadi, untuk menggunakan aplikasi MyKad ini perlu ada kelulusan daripada MDEC terlebih dahulu.. Kena buat kertas kerja, kemudian kertas kerja tersebut akan melalui beberapa tapisan, sebelum sesuatu aplikasi MyKad tersebut dapat diluluskan..

Melihat potensi program ini dapat memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia untuk jangka masa panjang, CEO Affiliate Junction ( I Synergy Universal Sdn Bhd) iaitu Dato' Lawrence Teo bersama pasukannya telah bertanggungjawab membentangkan kertas kerja program ini kepada pihak MDEC... Dan seperti yang dijangka, nak meluluskan kertas kerja bagi program ini memakan masa yang agak lama.. 

Setelah melalui pelbagai peringkat, hasilnya Program MyKad Smart Shopper merupakan Aplikasi MyKad yang ke 50 berjaya dibangunkan pada Nov 2010 .. Projek ini turut melibatkan MDeC, MSC dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seperti yang termaktub dalam buku "More with Mykad" terbitan MDEC. 

Pembangunan Projek MyKad Smart Shopper Bagi Fasa KEDUA 

Pada permulaannya, pembangunan projek ini nampak agak slow disebabkan perlu melalui beberapa peringkat sebelum dapat digunakan secara meluas ke seluruh Malaysia. Maklumlah projek melibatkan MyKad.. Dan perlu mendapat supporter daripada pemilik-pemilik perniagaan supaya pengguna MyKad dapat menikmati kemudahan ini ketika berbelanja di kedai mereka. 

Bagi merealisasikan projek ini, pihak syarikat membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi Ajen Affiliate. Salah satu tugas Affiliate adalah mengaktifkan mykad pengguna. Selain itu terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang boleh diperolehi oleh Ajen Affiliate. Salah satunya ialah anda akan mendapat komisen 1% daripada setiap perbelanjaan rakyat malaysia. Namun kuota Affiliate yang diperlukan adalah TERHAD.

Pengaktifan Mykad pengguna adalah PERCUMA. Tetapi para Affiliate tidak dibenarkan mengaktifkan MyKad dengan cara tidak sah. Contohnya dengan mendapatkan data daripada mana-mana sumber seperti JPN, institusi pendidikan, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan sebagainya... Kemudian mengaktifkan MyKad milik rakyat Malaysia, tanpa diketahui oleh tuan yang empunya MyKad...

Prosuder ini telah menjadi salah satu penyebab, kenapa sehingga sekarang ini cuma ada 400K++ sahaja MyKad yang telah diaktifkan daripada lebih 30 juta Rakyat Malaysia... Saya melihat pelaksanaan prosuder ini ada baik dan buruknya... Tetapi memberi kebaikan untuk jangka masa panjang.. Di mana pemilik MyKad mengetahui Ajen Affiliate mana yang telah mengaktifkan MyKad mereka... Dan sekiranya terdapat sebarang masalah pada kemudian hari, mereka boleh merujuk kepada ejen berkenaan..  


Manfaat kepada rakyat Malaysia yang telah mengaktifkan MyKad :-
  • Boleh dapatkan Diskaun dengan menunjukkan MyKad di mana-mana premis perniagaan yang telah menyertai Program MyKad Smart Shopper.
  • Mendapat mata ganjaran yang boleh ditebus dengan setiap RM1 anda akan mendapat 1 Mata AJ. Boleh ditebus dengan caranya di sini. Mata ganjaran tidak akan luput.
  • Anda boleh menyemak mata ganjaran yang berjaya dikumpul dari masa ke semasa. Caranya ada ditunjukkan di sini 
  • Anda tidak perlu membawa kad-kad diskaun yang lain dan hanya perlu membawa MyKad sahaja.
  • Boleh mencari premis-premis perniagaan yang telah menyertai program ini dengan menggunakan aplikasi Smartphone. Jarak dan kedudukan setiap kedai yang terlibat akan ditunjukkan menggunakan sistem GPS. Jadi, mudahlah untuk anda mengunjungi premis perniagaan yang terhampir dengan lokasi di mana anda berada sekarang

Berminat untuk mengaktifkan MyKad anda dan mendapatkan manfaat-manfaat yang disenaraikan di atas?

Caranya mudah sahaja..

Anda hanya perlu emailkan butiran peribadi anda seperti berikut:
  • Nama Penuh:
  • No. Kad. Pengenalan :
  • No. Tel :
  • Email :
  • Alamat :

kepada saya melalui email nuargto@gmail.com

Kemudian saya akan key in maklumat tersebut ke dalam sistem kami seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah, untuk mengaktifkan MyKad anda:

Maklumat yang diperlukan untuk Mengaktifkan MyKad milik rakyat Malaysia


Manfaat kepada Dealer/Agent Affiliate :-
  • Boleh mendapatkan insentif daripada penjualan lesen Dealer dan Agent Affiliate.
  • Boleh mendapakan insentif daripada pengaktifan MyKad yang telah anda lakukan.
  • Anda akan mendapat insentif daripada kedai-kedai yang anda bantu menggunakan sistem MyKad Smart Shopper. 1% untuk setiap transaksi yang bejaya dilakukan dengan menggunakan sistem ini. Lebih menarik lagi para Dealer/Agent boleh mendaftarkan peremis-premis perniagaan ke dalam sistem ini tanpa ada sebarang had, dengan syarat memenuhi prosuder pendaftaran kedai yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. 

Sekiranya ada yang berminat untuk menjadi Dealer/Agent Affiliate MyKad Smart Shopper boleh hubungi saya menerusi no. H/P 016-5425547 untuk sesi temujanji.


Manfaat kepada Pemilik Premis Perniagaan yang menyertai Program MyKad Smart Shopper:
  • Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mempromosikan kedai/perniagaan anda.
  • Mendapat promosi percuma daripada pihak Affiliate Junction (AJ) melalui promosi dan aplikasi Smartphone bagi membantu pelanggan mencari kedai anda.
  • Hanya perlu membayar kos pengiklanan selepas anda mendapat keuntungan.
  • Perniagaan anda akan dipromosikan ke seluruh negara.
  • Anda akan hanya membayar kos pengiklanan kepada Syarikat AJ, sekiranya melakukan transaksi jual-beli melalui Program MyKad Smart Shopper sahaja.

Sekiranya anda mempunyai premis perniagaan, dan berminat untuk mendaftarkan premis perniagaan anda ke dalam program ini,  sila hubungi saya menerusi no. H/P 016-5425547 . Pendaftaran Premis perniagaan adalah PERCUMA untuk 1000 yang terawal sahaja.


Untuk memudahkan anda memahami bagaimana Program ini dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak, saya syorkan anda melihat gambar di bawah: 


Contohnya Rakyat Malaysia telah menggunakan kemudahan MyKad Smart Shopper ketika berbelanja di kedai yang telah mengambil bahagian.. Win-win Situation untuk ketiga-tiga pihak:
  1. Pelanggan (Rakyat Malaysia) : Dapat berbelanja pada harga Diskaun dan dapat mengumpul mata ganjaran (Seperti yang termaktub dalam perjanjian di antara peniaga dan Syarikat AJ)
  2. Dealer/Agent Affiliate : Mendapat Insentif 1% untuk setiap hasil transaksi jual/beli yamg berlaku diantara pelanggan dan pemilik premis perniagaan (Sekiranya anda berjaya mendaftarkan 10 premis perniagaan dan pada setiap hari ada 100 transaksi jual/beli yang berlaku di kesemua Premis perniagaan yang telah anda daftarkan... Kiralah anggaran pendapatan yang bakal anda perolehi)
  3. Pemilik Premis Perniagaan : Mendapat pertambahan pelanggan dan kos pengiklanan PERCUMA, tetapi perlu membayar sedikit kos pengiklanan melalui keuntungan yang berjaya diperolehi

Contoh Resit Transaksi Jual Beli yang diterima oleh seorang pelanggan daripada premis perniagaan yang menyertai program MSSP

Untuk pengetahuan anda, Syarikat I Synergy Universal Sdn Bhd (Kini I Synergy International (M) Sdn Bhd) yang telah membangunkan program MyKad Smart Shopper telah berjaya mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.. Ini menunjukkan betapa bagusnya program ini untuk mewujudkan situasi menang-menang kepada tiga pihak iaitu Pelanggan (Rakyat Malaysia), Pemilik Premis Perniagaan dan Dealer/Agent Affiliate.. 

pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara yang diterima oleh Syarikat I Synergy Universal Sdn Bhd (Kini I Synergy International (M) Sdn Bhd)

Sudahkah anda menggunakan Aplikasi MyKad Smart Shopper dalam Smartphone anda?

Sekiranya belum, saya syorkan anda menggunakannya aplikasi ini.. Sebab ianya PERCUMA sahaja..


Setelah itu, bolehlah anda mengenal pasti senarai premis-premis perniagaan yang terhampir dari tempat di mana anda berada sekarang.. 



Kunjungilah kedai-kedai tersebut, dan saksikan sendiri kelebihan Program ini.. Pastinya yang terbaik untuk rakyat Malaysia.. ;)

0 comments:

Post a Comment

Iklan Paling Diminati..

Iklan (125X125)

Iklan (468 x 60)

Ilmu Pelaburan

Info Keluarga

Pemasaran Internet

Iklan (150X150)

Ruangan Iklan Secara Percuma Di Blog Discount Hari2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang..dan ribuan Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengiklankan perniagaan mereka..

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk meletakkan iklan di blog ini.. jangan segan silu untuk menghubungi saya menerusi email atau menghantar sms kepada saya seperti berikut:

email: nuargto@gmail.com
H/P : 0165425547

Anda boleh menghubungi saya menerusi perbualan telefon hanya apabila berada di luar waktu bekerja. Tetapi saya syorkan anda menghantar sms kepada saya terlebih dahulu..

Iklan anda akan disiarkan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari selepas maklumat pengiklanan saya terima..

Terdapat 4 ruangan pengiklanan yang boleh anda pilih seperti berikut:

1) Iklan pada Post (boleh letakkan gambar dan penerangan produk/hartanah). Iklan anda akan turut dikongsikan di Fanpage Discount hari2
2) Banner bersaiz 468 X 60 (RM20)
3) Banner bersaiz 150 X 150 (RM15)
4) Banner bersaiz 125 X 125 (RM10)

Tempoh pengiklanan untuk banner bersaiz 468X60, 150X150 dan 125X125 ialah satu bulan sahaja. Selepas cukup satu bulan, sekiranya anda berminat untuk melanjutkan tempoh pengiklanan tersebut anda perlu membuat bayaran tambahan.

Semoga usaha anda meletakkan iklan di Blog Discount Hari2 akan memberi manfaat kepada anda..

"Blog Discount Hari2 sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda"

Sekian, Terima kasih..

(Muhamad Anuar Bin Marsib)
Admin
Blog Discount Hari2

Koleksi Blog Saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...