Iklan Terkini

Sertai Kami di Facebook

Tuesday, August 6, 2013

Cara Mudah Untuk Mendapatkan Tiket PERCUMA ke Konvensyen Usahawan Muslim 2013 bernilai RM150

1 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Masih lagi berbaki 11 Tiket PERCUMA Konvensyen Usahawan Muslim 2013 untuk dimenangi.. Setiap tiket Bernilai RM150.... Untuk maklumat lanjut, boleh Klik Di Sini

Rugi sekiranya anda tidak merebut peluang ini... Bukannya senang nak dapat tiket PERCUMA... mahal pula tu.. Cara nak dapatkan Tiket PERCUMA ini pun bukannya susah... Anda hanya perlu mengikuti 4 langkah berikut:

  1. Anda hanya perlu mempunyai sebuah blog (Tak kisah ler domain PERCUMA atau Berbayar)
  2. Anda perlu menulis satu entri tentang Konvensyen Usahawan Muslim 2013
  3. Pastikan dalam entri tersebut ada disertakan link ke laman web www.KonvensyenUsahawanMuslim.com
  4. Kemudian Hantar Link Penyertaan anda di bahagian borang Pendaftaran Klik Di Sini
Siap... Mudah bukan.. Untuk mendapatkan Tiket PERCUMA Menyertai Konvensyen Usahawan Muslim 2013 .. Anda cuba perlu berusaha memikirkan isi kandungan entri anda dalam beberapa minit, kemudian tulis entri dan hantarkan penyertaan anda... Itu sahaja..

Jadi bertindaklah segera... Sementara masih ada lagi baki 11 Tiket PERCUMA daripada 100 Tiket kesemuanya...

Untuk makluman anda, Konvensyen ini akan diadakan seperti butiran berikut:
  • Nama Program : Konvesyen Usahawan Muslim 2013
  • Tempat : Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
  • Tarikh :  7 September 2013 (Sabtu)
  • Masa :  9.00 pagi – 6.00 petang
  • Laman Web  : www.KonvensyenUsahawanMuslim.com




Konvensyen yang membawa tema ‘Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah‘ ini dianjurkan oleh MentorNiaga.com dan WangCyber.com (Shuth Network Sdn. Bhd.) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Melayu Malaysia (PEYATIMAS). 

Konvensyen yang akan berlangsung selama 1 hari (bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang) ini akan menampilkan barisan speaker yang terdiri daripada 6 orang Usahawan Muslim yang terkenal di Malaysia iaitu: 
  • Ustaz Pahrol Mohamad Juoi – Penceramah Bebas
  • Datuk Nadzim Johan – Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  • Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin – Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn. Bhd.
  • Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan – Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd.
  • Dato’ Husammudin Yaacub – CEO Kumpulan Media Karangkraf
  • Dato’ Dr. Rusly Abdullah (Chef Li) – Mentor Jutawan Senyap 




6 orang Usahawan Muslim di Malaysia ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang keusahawanan di malaysia. Pengalaman dan ilmu mereka sebagai usahawan yang berjaya pasti dapat dijadikan sebagai ikutan dan panduan kepada usahawan-usahawan di Malaysia yang ingin berjaya dalam perniagaan.

Bestnya.. Sebelum ini saya memang teringin sangat nak berjumpa dengan Chef Li (Penulis Buku Menjejaki Jutawan Senyap)... Tapi kali ini, saya bukan sahaja berpeluang dapat berjumpa dengan Chef Li, malah ada 6 lagi usahawan terkenal di Malaysia yang boleh saya temui dalam konvensyen tersebut nanti...

Jadi, apa tunggu lagi tulis entri anda sekarang... Selain berjaya mendapatkan tiket Percuma, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan yang disediakan dalam Contest ini iaitu:

  • Tempat Pertama : 1 X Wang Tunai RM500
  • Tempat Kedua : 1 X Wang Tunai RM300
  • Tempat Ketiga : 1 X Wang Tunai RM200
  • Hadiah Saguhati : 5 X Wang Tunai RM50


Menarik bukan... Tiket dapat, ilmu bertambah, dan berpeluang pula dapat menang wang tunai... Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Konvensyen Usahawan Muslim 2013 ini, saya syorkan anda layari link ini:


P/s: Sebagai seorang muslim, anda tentu sedia maklum.. Jodoh, pertemuan, ajal, dan maut di tangan tuhan.. Tetapi kita juga disarankan untuk berusaha bagi mengubah nasib diri kita... Renung-renungkanlah.... ;)

1 comments:

Post a Comment

Iklan Paling Diminati..

Iklan Percuma (125X125)

Iklan Percuma (468 x 60)

Lazada Malaysia

Ilmu Pelaburan

Info Keluarga

Pemasaran Internet

Iklan Percuma (150X150)

Ruangan Iklan Secara Percuma Di Blog Discount Hari2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang..dan ribuan Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengiklankan perniagaan mereka secara PERCUMA..

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk meletakkan iklan di blog ini.. jangan segan silu untuk menghubungi saya menerusi email atau menghantar sms kepada saya seperti berikut:

email: nuargto@gmail.com
H/P : 0165425547

Anda boleh menghubungi saya menerusi perbualan telefon hanya apabila berada di luar waktu bekerja. Tetapi saya syorkan anda menghantar sms kepada saya terlebih dahulu..

Pengiklanan di blog ini adalah percuma sahaja. Terdapat 4 ruangan pengiklanan yang boleh anda pilih seperti berikut:

1) Iklan pada Post (boleh letakkan gambar dan penerangan produk/hartanah). Iklan anda akan turut dikongsikan di Fanpage Discount hari2
2) Banner bersaiz 468 X 60
3) Banner bersaiz 150 X 150
4) Banner bersaiz 125 X 125

Iklan anda akan disiarkan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari selepas maklumat pengiklanan saya terima..

Semoga usaha anda meletakkan iklan di Blog Discount Hari2 akan memberi manfaat kepada anda..

"Blog Discount Hari2 sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda"

Sekian, Terima kasih..

(Muhamad Anuar Bin Marsib)
Admin
Blog Discount Hari2

Koleksi Blog Saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...