Sertai Kami di Facebook

Wednesday, February 1, 2012

Permohonan Bekerja Sebagai Jururawat

0 comments
Ramai yang mengidamkan kerjaya sebagai jururawat sebagai kerjaya masa depan. Namun, masih ramai tercari-cari maklumat mengenai kelayakan untuk memohon sebagai jururawat. Artikel ini diharapkan dapat membantu anda untuk memahami kelayakan dan tempat latihan yang disediakan apabila memohon untuk menjadi jururawat.



Latihan Jururawat

Jantina: 

  • Lelaki 
  • Perempuan

TempohLatihan:

  • 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
  • 1 tahun (bagi calon KPSL daripada JururawatMasyarakat)

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
TempatLatihan:

  • Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
  • Kolej KejururawatanPulau Pinang
  • Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
  • Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
  • Kolej KejururawatanSeremban, Negeri Sembilan
  • Kolej Kejururawatan Melaka
  • Kolej Kejururawatan Muar, Johor
  • Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
  • Kolej KejururawatanKuantan, Pahang
  • Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kolej KejururawatanKubangKerian, Kelantan
  • Kolej KejururawatanSibu, Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia
ii) Umur:

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/BahasaMelayu (termasukUjianLisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan:

  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
  • Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • Mempunyai kelayakan SijilPelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • lulus Bahasa Malaysia/BahasaMelayu (termasukUjianLisan) pada peringkat SijilPelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Perhatian: Pelatih-pelatih yang  telah tamatlatihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U2-1.  


0 comments:

Post a Comment

Iklan Paling Diminati..

Iklan (125X125)

Iklan (468 x 60)

Ilmu Pelaburan

Info Keluarga

Pemasaran Internet

Iklan (150X150)

Ruangan Iklan Secara Percuma Di Blog Discount Hari2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang..dan ribuan Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengiklankan perniagaan mereka..

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk meletakkan iklan di blog ini.. jangan segan silu untuk menghubungi saya menerusi email atau menghantar sms kepada saya seperti berikut:

email: nuargto@gmail.com
H/P : 0165425547

Anda boleh menghubungi saya menerusi perbualan telefon hanya apabila berada di luar waktu bekerja. Tetapi saya syorkan anda menghantar sms kepada saya terlebih dahulu..

Iklan anda akan disiarkan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari selepas maklumat pengiklanan saya terima..

Terdapat 4 ruangan pengiklanan yang boleh anda pilih seperti berikut:

1) Iklan pada Post (boleh letakkan gambar dan penerangan produk/hartanah). Iklan anda akan turut dikongsikan di Fanpage Discount hari2
2) Banner bersaiz 468 X 60 (RM20)
3) Banner bersaiz 150 X 150 (RM15)
4) Banner bersaiz 125 X 125 (RM10)

Tempoh pengiklanan untuk banner bersaiz 468X60, 150X150 dan 125X125 ialah satu bulan sahaja. Selepas cukup satu bulan, sekiranya anda berminat untuk melanjutkan tempoh pengiklanan tersebut anda perlu membuat bayaran tambahan.

Semoga usaha anda meletakkan iklan di Blog Discount Hari2 akan memberi manfaat kepada anda..

"Blog Discount Hari2 sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda"

Sekian, Terima kasih..

(Muhamad Anuar Bin Marsib)
Admin
Blog Discount Hari2

Koleksi Blog Saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...